Lirik Lagu Yunadia – Cha Cha Cinta



Lirik Lagu
Yunadia – Cha Cha Cinta

Aduh aduh sakit aku
Aduh aduh ditelunjuk
Jari mu menunding
Jiwa ku merunsing.

Aduh aduh silap aku
Aduh aduh kau merajuk
Maafkan aku oh kekanda
(Kekanda oh kekanda).

Apa apa yang kau rasa
Apa apa luah saja
Bagi aku faham
Jangan biar pendam.

Apa apa yang berlaku
Apa apa ku perlu mu
Jika kau hilang oh merana
(Merana oh merana).

Tidur ku tidak lena
Mimpi ku tiada indah
Usah lama-lama
Lekas pulang ubati rindu
(Sigh).

Bermaharaja lela ku bertahta di hati mu
Sayang jangan kau keliru
Kerna setia ku tak jemu.

Bermaharaja lela mu bertahta di hati ku
Bertentang mata
Menari mencari cha cha cinta.

Alang-alang sudah terang
Alang-alang sudah sayang
Engkau tiada tanding
Tak perlu nak runding.

Alang – alang ku melayang
Alang – alang ku terbayang
Di atas pelamin bersama
(Bersama oh bersama).

Ta tak ku persia ya
Ya Yang mana dia, pujangga adinda
Da da , dah lama menanti
Cari dalam hati, Cha cha cinta.

Vous pouvez l’écouter sur un certain nombre de services de streaming musical tels que Spotify, Joox, Langit Musik, Google Play, Pandora, SoundCloud, Deezer, Amazon Music, iTunes, Apple Music ou en streaming sur le site Youtube suivant.
MUSIC VIDEO Yunadia – Cha Cha Cinta

Leave a Comment